::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #8258FA; } ::-webkit-scrollbar-thumb { background-color: #58ACFA; -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; }


Get ISLAMIC-Graphics
Assalamualaikum, segala puji bagi Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, Ya Allah, Kau kurniakan aku kekuatan dan ketenangan utk mghadpi ujian2Mu. terima kasih cou beri aku sahabat2 y saling ingt mengingati antara 1 sm lain, Kau berikan keberkatan dlm psaudaraan km. Amin...

Jun 2, 2009

Kelebihan Ayat Kursi [ Ayat Perlindung ] SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan
lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'

'Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu'

May 28, 2009

hati dan perasaan


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmatpemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan kita tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramatkan rindukan seseorang sehingga kita ingin menggapainya dari mimpi kita dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin kita mimpikan,pergilah ke mana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan.


Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yangtelah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum.

Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

May 24, 2009

semoga ketenangan milik mu jua

sedih rs recently...hr y d tunggu pasti tiba jua..x lama dah tu.. sakit hati pun ader bl org sekeliling bertanya ttg itu o berbincang ttg itu. astagfirullah, maafkan feti tok ader perasaan g2..spatutnya fetilah y patut bg support, dl kt alwy b at ur side tp skrg x tau lah kemn hilangnyer semanagt n kasih syg pd insan sorg nie
kakakku
kwn baikku
ustazahku
kaunselorku
pengkritikku
PAku
tukang msakku
keretaku
radioku
teman bergurauku
teman menangisku
teman kongsiku
teman makanku
pengasuhku
pelakon kegemaranku
sumber inspirasiku deheartyku
mekasih byk2....kakak tiada pengganti
" ya ALLAH, Kau rahmati kakakku walau dimana dia berada..
berilah dia kekuatan n ketenangan"
semoga ukhwah kami berpanjangan selamanyer....amain ya rabbalalamin.

May 14, 2009

ezam abis..sukan plak

alhamdullilah....usai sudah xzam mid term..menanda lah plak skrg...klas 1kristal ja y siap sepenuhnya...ln2 klas tinggal nk total ja...kn siapkan cptlah cou next week da nk sukan plak...byk lah klas xda nnt..p+p just until 10 jer..byk nnt nk cover chapter kalu lmbat2 marking paper...ct mid term plak, 30hb nie...x sabarnyer nk blk kggg
kak mi nk blk dah...sambung next week plak..
esok Hari Guru..dpt 2 luvly card..dr beat n x tau saper y 1 lg...saper ekk, x dpt detect tulisan saper tp mcm recoll jer

May 12, 2009

budak ker sihgu

pakai baju Puteri Islam..semangat tul hari nie..mlm td basuh baju putih (macam bj sek 2, baju dr kak meja wi. pg td br potong tudung putih (tudung bdk sek 2)..pemimpin Puteri Islam kena pakai tudung putih, budak2 pakai pink kaler.
ramai terkejut oo...dah lm sbenrnya nk pakai tp ntah la..hr nie meme semangat sggh.. bt selamba jer msk kelas...bdk2 terkejut pun ader, gelak pun ader..kelakar ker... pelik tul la manusia nie..itu budak's view..tcher's lg2 lah..." tul2 mcm bdk sek adek aku nie" kak me ckp...."hei, bdk sek br ker" cgu johhny y ckp..." tul2 mcm bdk sek lah"...zab y ckp...aper lg jer.."fuyooo, feti..semangat ooo" emram y ckp..
bialah pe org nk ckp, bt cth la suh bdk2 pkai uniform every Rabu kan..next week pakai lg..InsyaAllah;)
alhamdullah...
terimakasih Ya ALLAH..KAU permudahkan segala urusan bagi majlis perasmian Pusat Akses dan Makmal Komputer 2 hr lepas..berbaloi berkurung dalam makmal tp ingat perjuangan belum selesai sepenuhnya...msih perlu ada kesinambungan untuk masa2 dpn..

semalam jumpa doktor...temujanji 2 minggu sekali sekarang
nmpaknyer xda rezki lah nk mitak tukar blk semenanjung lagi..insyaAllah, kesihatan semakin baik..alhamdullah dalam ms 3minggu nie bt keje2 d lab xda plak menjejaskan kesihatan dan diri...mental jer kdg2.
perkembangan terbaru pasal penyakit nie...mls nk komen lbh2
tp org Sabah ckp nie bukannyer paham sgt pn. blh la skit2
dalam masa terdekat nie kena amk lesen lah..cou mcm kn ulang ailk ke HQE, KK lak..ssh la lau xda kete..nk ada kete kn ader lesen bah..

May 1, 2009

alhamdullilah..settle

alhamdullillah..settle seme keje, terima kasih Rokiah..bt sorg2 x tau bl leh siap.. cm tggu hr Isnin nie, bos dtg..he..he..hopefully bos ok jer kn, Rokiah...