::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #8258FA; } ::-webkit-scrollbar-thumb { background-color: #58ACFA; -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; }


Get ISLAMIC-Graphics
Assalamualaikum, segala puji bagi Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, Ya Allah, Kau kurniakan aku kekuatan dan ketenangan utk mghadpi ujian2Mu. terima kasih cou beri aku sahabat2 y saling ingt mengingati antara 1 sm lain, Kau berikan keberkatan dlm psaudaraan km. Amin...

Jun 10, 2008

Ramahnya Germini

Sikap & sifat
Buat kamu yang bernaung di bawah bintang Gemini, kamu dikaitkan dengan sikap ramah dan suka bercakap. Ada saja yang ingin kamu katakan. Lontaran ideamu juga tak pernah surut. Selagi tidak dihentikan, kamu akan bercakap 24 jam! Wah, hebat! Kerana ‘kehebatan’ dan ‘kegilaanmu’ yang satu itu, kamu dikenali ramai. Malah kamu tidak segan-segan berbicara dengan si dia yang tidak kamu kenali di sebuah kedai runcit! Sikap kamu yang ringan mulut ini membuatkan kamu mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling. Kamu juga seorang yang cerdas dan bijak. Tahu bagaimana caranya mengambil hati orang. Personaliti kamu yang ceria membuatkan kamu kelihatan muda remaja dan bertenaga.

Pemikiran
Gemini amat gemar untuk mengetahui tentang semua perkara. Kerana itulah kamu sering mencari maklumat dan pengetahuan dari semasa ke semasa. Kamu mudah bosan dan sentiasa mahu melakukan projek-projek terbaru. Gemini juga memerlukan ‘rempah ratus’ dalam rutin kehidupannya. Dan ‘si kembar jelita’ ini sememangnya bersikap logik dan berpandanganrasional.

Kerjaya
Oleh kerana Gemini gemar bercakap, bidang kerja yang bersesuaian dengan dirinya ialah media, jualan, pengiklanan dan berkaitan dengan agensi pelancongan. Ini kerana Gemini sukakan perkara baru dan bertemu orang baru. Baginya, ia adalah cabaran yang perlu dilaksanakan dan ternyata memberi kepuasan.

Cinta
Berbicara soal cinta, sang Gemini amat-amat memerlukan hubungan yang bijaksana dari pasangannya. Mungkin kerana mahu nampak lebih bertenaga, justeru, pasangan yang dicari sewajarnya berpendidikan tinggi. ‘Very educated person’! Bagi kamu, pasanganmu yang bijak ini mampu berkongsi kebijaksanaan dan pengalaman emasnya bersamamu. Dan itulah yang Gemini mahu! Para kekasih kelompok Gemini ini juga perlu bijak meluahkan pendapat. Jangan ragu-ragu ataupun malu. Biarpun Gemini amat gemar menentang dan mempertahankan pandangan dirinya sendiri. Ya, lawan saja ideanya itu! Dia pasti ‘teruja’. Oh ya, para Gemini juga nyata memiliki masalah mempercayai emosi diri keseluruhannya. Lebih selesa berfikiran logik dengan minda yang rasional. Tak mahu dipermainkan oleh hati dan perasaan.

Kesihatan
Gemini tidak digalakkan merokok, kerana mereka mudah terdedah kepada masalah di bahagian paru-paru.

No comments: