::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #8258FA; } ::-webkit-scrollbar-thumb { background-color: #58ACFA; -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; }


Get ISLAMIC-Graphics
Assalamualaikum, segala puji bagi Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, Ya Allah, Kau kurniakan aku kekuatan dan ketenangan utk mghadpi ujian2Mu. terima kasih cou beri aku sahabat2 y saling ingt mengingati antara 1 sm lain, Kau berikan keberkatan dlm psaudaraan km. Amin...

Jul 24, 2008

keja..keje

aduhai putri ku sayang
suka dgr lagu nie...ttg anak gadis yang kuat...tabah..tahu menjaga diri..sabar mnghadapi rintangan dan cabaran.
kalaulah feti sekuat itu, tentulah x mudah naik angin...merungut..mengeluh...berputus asa. tapi itulah manusia yang x pernah lekang dari membuat silap...ingatlah wahai puan, ada yang lebih teruk lagi ujian yang Allah berikan..orang-orang disekeliling kita, yang kita sayang juga.
tapi kenapa yang x salah ttp dipersalahkan dan tidak mustahilkan orang yang disisinya juga terkena tempiasnya secara halus...tanpa sedar, who know?????

Jul 14, 2008

bayang y datang

bayang yang datang
bayang itu yang amat ku nnt
7 bulan menanti bayang itu
dalam kesamaran itu, hati masih berkata
bayang itu milik dia
empunya bayang yang memang sejak lama ditunggu2
memang ....bayang itu milik dia
memang sah
walau jauh melihat bayang itu
namun, hati tetap berkata
itulah bayang yang ingin ku temui
ingin ku hadapi dia
ingin ku bertanya khabar dia
ingin ku bersemuka n berbual mesra dengannya
bayang itu
walaupun ku tahu
tempat ku telah diganti dengan yang lain
tak salahkan jika menginati
kerna yang semalam tetap tidak akan berubah
menjadi sejarah..menjadi kenangan terindah
oh bayang
rindu pada kenangan lalu sntiasa bertamu
datang dan pergi silih berganti tanpa jemu
menemani...mgiringi..mengikuti...
siang mahupun malam
kepada mu bayang
aku sentiasa mendaoakan
kesejahteraan bersama teman sehidupmu
semoga aku bertemu bayang yang lain
seperti mu.....

bulan terang

dah dua hari stay umah kak yas..x tau smpai bila kn tinggal disana..seminggu 2, sebulan 2.......???
ssh nk masak tiap2 pagi..kalau kat umah senang sj buat itu ini.
tapi kesian pd k.yas sbenarnya nk tinggal kan dia sorang2...dah dua hr masak bekal..roti sardin n moi. esk plan nk buat megi grg tp tulah bukan duk d umah sndiri nie..ssh
kelmarin kak ina tya nk duk sn braper lm..x tau lg..duk lama2 x pasal2 kn byr sewa umah juga nnt.abih tu x kn lah nk duk free jer kn.

Jul 3, 2008

Perempuan, akal setipis rambutnya

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula m
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali.